Pages

Monday 4 June 2012

La Tahzan..



Sesungguhnya, ALLAH itu maha kaya..maha segala-gala..Tiada tuhan melainkan ALLAH yang maha agung.. Yang menciptakan Hari yang Indah, Hari yang Gelap untuk dijadikan pedOman Hidup..agar kita tidak terus terleka dengan tipu daya syaitan untuk mencintai dunia..

Alhamdulillah..sejak 23thn sy hidup di muka bumi ini, tidak pernah sunyi dari ujian dan cabaran hidup.. Yang penuh liku..Yang belum tentu tertanggung oleh org yg tak pernah merasa perit..SesungguhNya, ALLAH itu maha adil.. Dia menetapkan sesuatu sesuai dengan kemampuan makhlukNya..

Jangan Sedih dan Jangan bimbang..kerana setiap sesuatu yang berlaku itu, pasti ada hikmah tersembunyi samaada terlihat di dunia @ di akhirat kelak.yang pasti, tulus ikhlas dan redhalah dengan ketetapan itu..Mungkin ada yg mempertikaikan keikhlasan itu..X mengapa..seringkali diungkapkan berkata kata tidak semudah melalui..ye! Hanya yang melaluinya sahaja yang akan mengetahui betapa sukar, sakit, perit, lemah untuk hadapi hari2 kelam..tapi ingatlah, hari yang gelap Xkan selamanya gelap..akan tiba suatu masa yang indah, yang tiada sape akan merasa keindahanNya melainkan yang terpilih..ALLAHUAKHBAR..sungguh indah!

Jangan bimbang dan ragu, kerana tiada siapa yang tahu nasib mendatang seseorang..apapOn yang kita rasa, kita perlu lalui, ikhlaslah..jgn dibuka aib org ataupun bergembira di atas kesedihan orang lain..Biarkanlah! biarlah apa pon orang nk buat kita, janji kita X buat orang..

Teringatkan kata2 yang senantiasa dipegang, Xkan beriman seseorang itu sebelum dia diuji..Alhamdulillah..ujian yang ALLAH hidangkan ini akan ku sentuh dengan penuh REDHA..sesunguhNya, yakinlah..ALLAH maha mengetahui akan sesuatu..segala yg tersirat pasti akan tersurat suatu masa nanti..

Dan janganlah kamu sedih..kerana ALLAH telah memilih kamu untuk diuji..bersyukurlah..kerana Xsemua orang diuji..ALHAMDULILLAH..SesungguhNya, doakan yang terbaik untuk semua orang.. Jangan diputuskan silaturahim..mOga Allah senantiasa memeliharamu di jalan yang engkau pilih..

Dan semOga daku, terus tabah dan dibangkitkan semangat yang hilang..untuk terus mencari REDHAMU ya ALLAH..Tunjangkanlah keredhaan dalam hatiku dan suburkanlah bunga kesabaran agar daku terus redha dan sabar dengan segala ketentuan yang telah engkau tetapkan sesuai dengan kemampuanku..aminnn ya rOb..

La Tahzan Nor Aida~

No comments:

Post a Comment

Leave yOur cOmment here..