Pages

Sunday 24 June 2012

PENGORBANAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Syukur Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu tentang pengorbanan :))

Tatkala orang lain sedang bergembira dengan kemenangan, sy terpaksa melalui kepayahan di balik sebuah pengorbanan :)) indahnya kerana, itulah ketentuan tuhan.. Yang pahit itu pasti ada manisnya..yang sukar itu pasti ada senangnya.. yang belum tertunai @ yang dihajati tak tercapai, pasti ALLAH ingin sajikan dengan yang lebih baik... segalanya pasti indah jika bertawakal kepada ALLAH :))

sO, jangan la risau kalo terpaksa berkorban untuk orang lain :) kerana disitu ada kebahagiaan juga :)) BAHAGIA di sebalik sebuah PENGORBANAN :))

Dan Ingatlah :-

BAHAGIA tak selalu ada pada sesuatu yang sempurna,
melainkan saat kita menSYUKURi sesuatu yang kita terima (:



~ itulah Harga sebuah Pengorbanan ~





Tuesday 19 June 2012

Mengatasi ketakutan dalam diri Sendiri


Assalamualaikum.. dan Alhamdulillah...dengan daya usaha, dan semangat tanpa kenal erti putus asa..even sakit untuk lalui ini semua, tp sy tetap dengan usaha dan yakin ALLAH sentiasa bersama saya :) Alhamdulillah..

Hari ini, saya hadiri temuduga lagi..again n again..dan arini la yang sy sedar..yang mengatasi ketakutan dalam diri sendiri tu lah yang paling sukar..kenapa sukar? kerana banyak negatif dari positifnya..eheks..tu la penyebab utama kesukaran itu..

Orang tgk, tp orang tak rasa..oh susahnya bermain dengan perasaan sendiri..kalo sebelumnya saya bagitahu yang apa yang kita pilih tu lah  yang kita akan lalui..ye..sukar bila kita terpaksa membuat keputusan dan kita terpaksa bermonolog dengan diri sendiri demi yang terbaik..

dan harini, saya just let myself be free..saya da usaha..saya dah ikhtiar..cuma yang tinggal berserah saja :)) bila kita tahu dari mana kita datang, sapa yang takdirkan kita untuk itu ini, kita lebih terbuka mengatasi ketakutan dalam diri..so, sape yang rasa terbeban atau rasa sukar buat pilihan, serahkan pada pemilikNya..insyaALLAH..segalanya pasti akan tenang dan kita akan rasa aman..

mmg Xdinafikan, syaitan pon sentiasa bersama untuk menyesatkan..menaruh harapan tinggi2..jangan terlalu berharap..kerana, apa yang diusaha, akan terjadi dengan izin ALLAH walau kita mencuba yang terbaik..ada ke, tak de ke..Alhamdulillah..kalo ada alhamdulillah..kalo takde pon alhamdulillah..sbb kalo ada, da tertulis hari tu tmpt tu lah rezeki kita,,,kalo tak, ALLAH menyajikan yang lebih baik :))

so, let it be free..don't think tOo much..just let everything be free and yakin ALLAH penentu segala..just do it with nO regret..insyaALLAH..

Monday 18 June 2012

Ketentuan ini :)

Di keheningan malam waktu menghampiri subuh ni la waktu yang mendamaikan..ibarat langit terbuka luas menunggu rintihan hamba hambanya.. untuk menguatkan fizikal, esok pegi jogging or cycling ok..hak3.. Nak kuatkan jiwa ni, kene la selalu bertafakur..agar jiwa2 ini sedar yang segalanya pinjaman semata mata..sumenya milik ALLAH :)

Mendapatkan jiwa yang kuat adalah seorang yang cuba bangun dari kejatuhan..dan masih mampu tersenyum walaupun luka tikamannya masih berdarah.. dan menguatkan lagi jiwa itu dengan menyembunyikan rasa sakit di balik senyuman yang mengembirakan orang lain :) menolak kebahagiaan sendiri untuk memuaskan hati semua pihak.. hidup memerlukan pengorbanan? ya..pengorbanan yang indah kalo kene pada caranya :) mcm mana??? berkorban dengan niat yang baik..cth : Xnak silaturahim terputus..nO worry ok..bila nak buat..niat..ALLAH maha tahu..dan tahu yang sedih Xkan selamanya sedih..dan suka Xkan selamanya suka.. berusaha dan terus berusaha..tercapai atau tidak bukan urusan kita :) tu semua dengan izin ALLAH..kerana, apa yang kita usaha belum tentu kita dapat..ALLAH penentu segala..ada hikmah di balik kejadian..mungkin berhasil, itu lah ketentuanNya..jika tidak, itulah pelajaranNya :)

sO, nO wOrry la..live like yOu were die tomOrrow..habiskan sisa hidup ni dengan membuat orang lain tersenyum.. Hidup sekali je kot..experience apa yang belum.. Sesal? nObOdy perfect and masih sempat untuk terus bertaubat :) no wOrry la..tiada kuasa menghukum yang lebih agung dari kuasa ALLAH..as i said before, biarlah org nk menghukum..kita X effect apa pon..ALLAH tahu sume dah cukup :) kalo tak nampak arini, suatu masa nanti memang tersurat jua..kan janji ALLAH itu pasti..apepon org buat, apepon yang kita lalu, ikhlas dan redha lah :) Xyah pk lagi la..clear mind..be calm with no wOrries :))

fOr me, monolog dalaman ni perlu.. sbb, hanya kita dan ALLAH yang tahu..nk cerita, tgk org yg dicerita la plak..tp sy Xpercaya..keh3! lebih baik bermonolog jea..Xde tokok tambah pon..Xde sape yg takde masalah..just take it easy la..kerana itulah KETENTUAN :))) ketentuan yang perlu dilalui tanpa ragu..

Selalu kita dengar org ckp..lmbtnya besar..da sampai masa besar, eh nk balik jd baby blk? apekah? hoho..tu la..cool je la..lalui je..esok blom tentu hidup mati..nk taruk harapan tinggi2 pon Xguna..dan2 dah la..hehe..kan Xde harapan Xde tujuan hidup plak kan? ahakz..

so, senyumlah even pahit untuk kita lalui... berbuat baiklah even kita disakiti..dan tetapkan matlamat hidup iaitu mencari REDHA ILAHI dengan menjalani segala KETENTUAN INI :)) mOga diberkati..insyaALLAH


As i live each day,
May I Make a Difference,
And Touch One Heart,
Each Day It is My Goal,
To Bring Smile and Laughter :)
Into a Soul!
Love, Peace and Happiness tO All

Sunday 17 June 2012

Semangat! Semangat! Semangat!

Assalamualaikum dan salam ISRA' MIKRAJ 1433H.. mOga kita senantiasa berada dalam lindunganNya dan diberkati selalu..

Ape yang ditulis today tentang SEMANGAT..uhs..semangat..semangat yang hillang..hilang kemana ntah ni..hoho..nk mencari semangat tak mudah juga..tapi kita kene la pandang sesuatu tu dengan pandangan yang berbeza..means, kalo kita blom buat tapi da kata payah..payah la jawabnya..kalo blom cuba, tp mencuba, tak berhasil pon kita akn rasa puas..sekurangnya kita mencuba dan dapat la satu pelajaran :)

Hilangnya semangat ni buat kita lemah..sakit...takde mood..sume la seangkatan dengannya..kita rasa mcm dunia dah berakhir..eheks..lebih2 jea :P nk cari seorang teman untuk kuatkan semangat..oh tidak senang sama sekali...yang menghilangkan semangat ramai..hohoho..Kadang kadang, bila kita hilang semangat, kita akan rajin membaca..membaca kata kata semangat..kan2? heee..untuk memotivasikan diri sendiri..jatuh Xkan selamanya jatuh..Xsalah pon..masing2 ada cara tersendiri :))

Semangat ibarat nyawa..tanpa nyawa tiadalah kita..hidup tanpa semangat umpama tin kosong..berharap pada manusia..manusia berubah mengikut masa..berharap pada benda, berfungsi selagi ia dalam keadaan baik..yang selamanya kekal hanyalah ALLAH..

sO, kalo hilang semangat, don't wOrry la...ALLAH ada sebagai pendengar yang setia..yang menghidupkan semangat2 yang hilang..da usaha, bertawakallah..tu jea..dihidupkan seorang..mati pon sorang2..yang ada, yang tahu semua, hanyalah ALLAH yang Maha Kuasa.. ALLAHUAKHBAR..indahnya!

Jadi, kalo da hilang semangat tu, banyakkan amal akhirat..Dunia sementara jea..pentingkan yang lebih penting..risau dunia? jangan risau..ALLAH dah tetapkan segala sesuatu..buat dengan ikhlas..kalo dah kata kita punya..tetap kita punya..jadi, jangan putus asa..teruskan bersemangat untuk mencuba ..insyaALLAH..kerana janji ALLAH itu pasti :))

mOga ditakdirkan dengan Qada' yang baik baik..dan terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai..demi REDHAMU Ya ALLAH ..insyaALLAH

~ mOga dipermudahkan segala urusan ~


Monday 11 June 2012

Sepi????

Assalamualaikum W.B.T. untuk semua yang sedang membaca :) today ada monolog dalaman skettt..uhuks..sepi??? sepi ker? nO la..ALLAH senantiasa ada :) Xde sape nk sembang or ckp, just sujud and cakap dengan ALLAH..lagi tenang dan damai :))

Bila Jiwa mcm Keluh kesah jea, or rasa sepi tanpa sesiapa, boleh la cuba ni :

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

InsyaALLAH..segalanya pasti tenang :))

Saturday 9 June 2012

Anugerah (",)

الحمد لله..Syukur ya ALLAH..kerana masih memberikan daku kesempatan untuk merasa nikmat di bumiMu ya ALLAH :)) Anugerah yang tidak ternilai ^_^ kerana debaran itu masih terasa..bukan dibuat @ dipaksa.semulajadinya anugerah dari YANG MAHA ESA :)

Segala yang indah pastinya bermula dari hati yang tenang dan ikhlas..yang Xpernah mengharapkan balasan atas sesuatu perbuatan.. itulah kepuasan yang sebenar :) nak menghukum? Siapalah kita..nk menunding, NOBODY PERFECT ;) yang penting, muhasabah & try to be better than yesterday.. practice make perfect..try and try and try ^_^

Thank yOu.. kerana mengenalimu adalah satu anugerah yang tidak ternilai.. suka duka jatuh bangun sebelumnya, adalah satu pengalaman yang boleh dijadikan pedoman hidup mendatang..terima kasih,..terima kasih kerana pernah menjagaku :) thanks


Apa yang tercapai atau tidak itu adalah rencana ALLAH untuk kita..Redha lah..Segala yang berlaku pasti ada hikmah..hikmah yang kita Xpernah sekali terpikir...indahnya! kerana saya yakin, janji ALLAH itu pasti.. ^_^

Sesuatu yang tersirat itu pasti akan tersurat bila tiba masanya..samaada tercapai @ tidak, Hanya ALLAH yang mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi itu..apa yang tinggal cuma usaha dan tawakal..Redhalah dengan segala yang tersurat kelak :) insyaALLAH..

Thank yOu Allah for all moments i've go through before..great moment that will never fade by time..(",)



:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...
:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..
dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan...jadi, usah risau.. andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥ |thank yOu M.S.R :)|


Ketetapan ALLAH itulah yang Terindah! :) الحمد لله

Tuesday 5 June 2012

Ketenangan Hati :)

 ... Syukur ke Hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya..Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya :))
Tidak dapat digambarkan dengan kata kata betapa syukurnya saya dengan segala yang terjadi..kerana terpilih untuk diuji dan terus diuji..الحمد لله


~ Ya Allah, terima kasih kerana masih memberikan daku kesempatan untuk berpijak di bumiMu dengan penuh rasa syukur.. Rasa ini anugerahMu tuhan.. الحمد لله...Rasa yang tidak boleh dijual @ dibeli..rasa yang dikurniakan oleh Yang Maha Agung.. الله أكبر


~ Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan kami kesihatan yang baik.. untuk terus bersujud ke HadratMu Ilahi..semOga hari hari esok terus indah dalam lingkungan RedhaMu Ya ALLAH... insyaALLAH..


Sesungguhnya, semua orang punya HATI.. tapi Xsemua punya HATI yang tenang :)

 الله أكبر THANK YOU ALLAH الحمد لله

Monday 4 June 2012

Pokok~


EnjOy the sOng~

pokok? ape kaitan la plak tonite ni tetibe ckp pasal poKok?? hermxx..actually, pOkok related to kesetiaan..hoho..nk ckp pasal kesetiaan je sebenarnya..yang sebenarnya kesetiaan ni ibarat pokok..hehehe

Cuba kita tgk pokok2 yang ada tepi jalan ke tepi ladang ke dalam hutan ke..pokok yang tak pernah mengeluh dengan kejadian asalnya..kat mana pon dia tumbuh, dia akan setia di situ kecuali mati :) sweet kan? hujan panas X membataskan pokok tu untuk terus bertahan dan bertahan sehingga tiada satu daun pon yg tinggal cuma ranting2..tapi pokok tetap utuh berdiri..istimewa kan? (",)

Begitu juga hati...Hati yang setia ibarat pokok yang Xprnh lumpuh untuk terus berdiri...walau sedingin mana, sehangat mana pon keadaan, itu Xkan pernah menghapuskan kesetiaan yang bertapak di hati..cuma akhirnya ialah MATI...biarlah segala yang bermula berakhir dan ku bawa bersama sampai MATI :)

Xde sape yang boleh paksa..Xde sape yang boleh ubah..kerana itu adalah anugerah tuhan yang Xsiapa boleh ubah melainkan dengan izinnya...setia Xperlu dibayar..it comes naturally..sakit?? alhamdulillah.. i am not fool, but i have a soft hearted that can forgive again n again...Alhamdulillah..itulah anugerah TUHAN :))

*Peace

La Tahzan..



Sesungguhnya, ALLAH itu maha kaya..maha segala-gala..Tiada tuhan melainkan ALLAH yang maha agung.. Yang menciptakan Hari yang Indah, Hari yang Gelap untuk dijadikan pedOman Hidup..agar kita tidak terus terleka dengan tipu daya syaitan untuk mencintai dunia..

Alhamdulillah..sejak 23thn sy hidup di muka bumi ini, tidak pernah sunyi dari ujian dan cabaran hidup.. Yang penuh liku..Yang belum tentu tertanggung oleh org yg tak pernah merasa perit..SesungguhNya, ALLAH itu maha adil.. Dia menetapkan sesuatu sesuai dengan kemampuan makhlukNya..

Jangan Sedih dan Jangan bimbang..kerana setiap sesuatu yang berlaku itu, pasti ada hikmah tersembunyi samaada terlihat di dunia @ di akhirat kelak.yang pasti, tulus ikhlas dan redhalah dengan ketetapan itu..Mungkin ada yg mempertikaikan keikhlasan itu..X mengapa..seringkali diungkapkan berkata kata tidak semudah melalui..ye! Hanya yang melaluinya sahaja yang akan mengetahui betapa sukar, sakit, perit, lemah untuk hadapi hari2 kelam..tapi ingatlah, hari yang gelap Xkan selamanya gelap..akan tiba suatu masa yang indah, yang tiada sape akan merasa keindahanNya melainkan yang terpilih..ALLAHUAKHBAR..sungguh indah!

Jangan bimbang dan ragu, kerana tiada siapa yang tahu nasib mendatang seseorang..apapOn yang kita rasa, kita perlu lalui, ikhlaslah..jgn dibuka aib org ataupun bergembira di atas kesedihan orang lain..Biarkanlah! biarlah apa pon orang nk buat kita, janji kita X buat orang..

Teringatkan kata2 yang senantiasa dipegang, Xkan beriman seseorang itu sebelum dia diuji..Alhamdulillah..ujian yang ALLAH hidangkan ini akan ku sentuh dengan penuh REDHA..sesunguhNya, yakinlah..ALLAH maha mengetahui akan sesuatu..segala yg tersirat pasti akan tersurat suatu masa nanti..

Dan janganlah kamu sedih..kerana ALLAH telah memilih kamu untuk diuji..bersyukurlah..kerana Xsemua orang diuji..ALHAMDULILLAH..SesungguhNya, doakan yang terbaik untuk semua orang.. Jangan diputuskan silaturahim..mOga Allah senantiasa memeliharamu di jalan yang engkau pilih..

Dan semOga daku, terus tabah dan dibangkitkan semangat yang hilang..untuk terus mencari REDHAMU ya ALLAH..Tunjangkanlah keredhaan dalam hatiku dan suburkanlah bunga kesabaran agar daku terus redha dan sabar dengan segala ketentuan yang telah engkau tetapkan sesuai dengan kemampuanku..aminnn ya rOb..

La Tahzan Nor Aida~